KETENTUAN TUHAN – PTSD



VIDEO INI ADALAH SAMBUNGAN VIDEO SEBELUM INI.

MENGENAI VIDEO INI.

PTSD- POST-TRAUMATIC STRESS DISORDER

PTSD adalah salah satu penyakit mental dimana perlu dirawat di pakar sakit mental. Pesakit PTSD mengalami trauma yang melampau dimana dia perlukan rawatan yang segera. Trauma yang biasa dialami oleh pesakit ini ialah trauma yang mengancam dirinya seperti bencana alam, diserang, kemalangan dan lain lain.

Antara Simptom PTSD ialah:

1. Tak boleh fokus membuat sesuatu perkara ( Sering teringat perkara tersebut)
2. Rasa bersalah atau malu
3. Mimpi ngeri
4. Sukar untuk tidur
5. Hilang rasa minat
6. Pemikiran negatif
7. Mengelak fikir trauma yang lepas

Alin merupakan pesakit PTSD dimana dia mengalami trauma yang teruk oleh sebab pengalaman buruk yang dialami olehnya. Dia telah kahwin sebanyak 3 kali. Namun disebabkan pengalaman pahit yang dialami, dia mengalami trauma yang amat tragis sehinggakan dia seringkali melihat bekas suaminya. Doktor telah mengesahkan dia mengalami Post-Traumatic Stress Disorder.

Source: Youtube